'Is Tee May Were' urntook Gurgurl AJE!!!
Senamai Tupai
Senaman
istimewa ini dapat membantu mengetatkan faraj dan mengurangkan masalah
keputihan. Caranya : Duduk di atas kedua tumit kaki. Tegakkan badan.
Tangan kanan hendaklah ke belakang untuk memegang ibu jari kaki kiri.
Tarik nafas, kemut faraj sambil menarik ibu jari kaki kiri ke atas
selama 5 saat dengan kuat, lepaskan nafas dengan kemutan perlahan-lahan.
Lakukan senaman ini sebanyak tiga kali. Tukar posisi dan ulangi senaman
ini. Gerakan ini boleh membantu mengetatkan semula otot-otot faraj dan
mengurangkan masalah keputihan.
Senaman Kiambang
Senaman
ini dapat membantu menguatkan otot faraj. Caranya: Duduklah dengan
keadaan bersila rapat dan badan ditegakkan. Betis dan peha kanan
diletakkan di atas peha kiri agar kedua lutut menghala ke hadapan dan
dalam keadaan serapat mungkin antara satu sama lain. Pastikan kedua
belah tapak kaki menghala ke belakang. Tarik nafas dan kemut faraj
selama 5 saat sambil menekan tapak kaki ke belakang. Lepas nafas,
kemutan dan kaki perlahan-lahan. Lakukan senaman ini sebanyak 8 kali.
Kemudian, tukar posisi dengan meletakkan betis dan peha kiri pula di
atas peha kanan. Lakukan senaman-senaman di atas mengikut kesesuaian
badan pada setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur.
Senaman Klasik urntook 'Flower'
1. Kemut 20 kali perlahan-lahan otot faraj dan otot punggung dalam keadaan berdiri
(peha dan kaki dirapatkan).
Lakukan senaman ini pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.
2. Kemut perlahan-lahan 20 kali otot faraj dan otot punggung dalam keadaan duduk tegak
(lutut bertemu lutut) pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.
Proses Pengemutan –
(a). Tahan nafas selama 5 saat semasa mengemut.
(b).
Lepaskan nafas dan kemutan perlahan-lahan secara serentak.Kemut -
Seperti menahan air kencing. Saranan - Digalakkan melakukan senaman ini
pada setiap hari pada waktu terluang seperti semasa memasak, menonton
dan ketika ada waktu yang sesuai.
Mengurangkan Air Pada 'Flower'
Petua 1
: Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda.
Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan
tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.
Petua 2
: Rebus akar serapat dan akar kacip fatimah dan minum airnya. Ramuan
ini dapat mengurangkan air pada faraj dan mengetatkan faraj.
Petua 3
: Rebus biji manjakani dengan beberapa helai sireh dalam periuk.
Apabila menggelegak, wapkan faraj anda dengan wap rebusan tersebut. Air
rebusan yang telah sejuk boleh digunakan sebagai pencuci faraj.
Merawat Senggugut
Petua 1
: Senggugut memang menyakitkan. Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji
pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan
secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari
pertama datang haid.
Petua 2 : Ambil
segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air
suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan
selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.
Petua 3
: Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau
rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid
atau sebelumnya.
Petua 4 : Ambil sembilan
biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus.
Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan
hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. Insyaallah, mujarab.
Petua 5
: Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam .
Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu
sebelum haid . Cara hendak telan tidak kisahlah macam mana pun . Tetapi
saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .
Petua 6 : Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.
Sengugut
Lama - Amalkan petua ini selama 3 hari berturut-turut. Ambil 7 biji
limau nipis dan dicampur segenggam beras lalau diembun selama satu
malam. Minumlah air tersebut pada waktu pagi sebelum bersarapan.
Memulih Puncak Nasi Lemak Gurgurl Dari Retak-Retak
Untuk
memulihkan retakan pada puting, ambil minyak kelapa hijau dan campurkan
sedikit halba. Sapukan pada hujung puting anda. Jangan lakukan ketika
menyusu anak.
Masalah Keputihan Pada 'Flower'
Petua 1
: Ambil beberapa keping daun sireh dan segenggam pinang kering yang
dihiris nipis. Direbus ber! sama air sebanyak 1 litre sehingga mendidih.
Biarkan sejuk, campukan dengan sedikit air bersih buat basuhan pada
bahagian sulit wanita tersebut, lakukan 3 kali sehari untuk beberapa
hari atau sehingga masalah selesai.
Petua 2:
Ambil madu lebah (asli sahaja) satu sudu makan campurkan dengan sedikit
air bersih. Dengan menggunakan jari oleskan pada seluruh bahagian sulit
wanita. Lakukan 2 kali sehari sehingga sembuh.
Petua 3 : Rebus air lobak putih dan minum air rebusan ini setiap pagi sehingga keputihan beransur hilang.
Petua 4 :
Rendam lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan
semalaman. Minum airnya setiap hari pagi dan petang. Bunga itu boleh
direndam berulang-ulang sehingga pahitnya hilang.
Petua 5
: Rebus 10 biji manjakani, 10 biji buah keras, 10 helai daun sireh, 2
biji limau nipis dan segenggam akar serapat dan kacip siti fatimah.
Wapkan faraj anda dengan wap rebusan ramuan ini. Airnya yang telah suam
atau sejuk pula digunakan untuk mencuci faraj anda ketika membuang air
kecil.
Mengecutkan Rahim Selepas Bersalin
Petua 1
: Rendamkan beberapa helai daun penggaga bersama akarnya dengan air
suam kemudiannya ditapis dan airnya diminum. Sebelum tidur lakukan
pengecutan (kemut) sebanyak 20 x. InsyaAllah rahim anda mengecut dan
seperti sedia kala. Elakkan memakan nanas.
Petua 2
: Rebuskan halia tua dengan gula merah, kulit kayu manis, jintan manis
dan daun pandan. Minumlah air rebusan ini beberapa kali sehari. Petua
ini dapat membuang angin, melawaskan buang air besar dan mengecutkan
rahim.
Petua 3 : Selepas bersalin dinasihatkan
meminum air kunyit muda ditumbuk bersama putih telur mentah.Minumlah
selama 3 hari berturut-turut. Ia dapat mengecutkan rahim/ peranakan anda
ke tempat asal.
Air Susu Badan Berlebihan
Ambil
2 helai daun kubis yang melengkung seperti mangkuk kecil. Tekapkan di
kedua-dua belah payudara dan biarkan selama lebih kurang satu hingga
satu setengah jam. Tukarkan daun baru jika perlu. Lakukan sehingga air
susu berkurangan.
Petua Abe Sayang
Bagi
wanita yang inginkan lebih tenaga sewaktu berjima' dgn suami, amalkan
petua ini selama 3 hari berturut-turut. Anda perlulah bangun tidur
sebelum suami terjaga kerana petua ini tidak mujarab jika suami sudah
terjaga. Rendamkan 3 jenis daun bunga yang berasingan (sebaiknya bunga
yang berlainan warna) bersama dengan sedikit madu asli ke dalam sebaldi
air suam selama 30 minit. Mandi menggunakan air ini. Kemudian baru
kejutkan suami untuk mengetahui hasilnya. InsyaAllah...
Memerahkan
Puncak Nasi Lemak Gurgurl
Yang Lebam
Puting
payudara yang kelihatan lebam dan hitam dapat dikembalikan kepada warna
asal. Ambil 3 helai sireh dan tumbuk sehingga menghasilkan air berwarna
merah. Perah air sireh ini dan sapukan di sekitar puting . Lakukan
setiap malam sehingga berhasil.
Memulihkan Bibir 'Flower' Yang Lebam
Bibir
faraj yang hitam dan lebam dapat dipulihkan semula dengan mencuci faraj
dengan air kelapa muda yang baru. Lakukan sekerap yang mahu.
Petua2 nk kasik 'Flower' mantop..
Kemutan
faraj yang berkesan akan memberi kenikmatan yg tak terhingga semasa
jima', baik kepada isteri maupun suami. Latihan kemutan faraj boleh
dilakukan secara sedar setiap hari. Untuk melakukan latihan kemutan
luar, cuba fokus seolah-olah sedang menahan kencing iaitu dengan menarik
otot punggung ke dalam. Ulang sebanyak 20 kali sedaya-upaya serta tahan
kemutan itu 7 saat pada setiap kali dilakukan. Untuk melakukan latihan
kemutan dalam, lakukan seolah-olah mahu menahan dan mahu memasukkan
semula tahi ke dalam dubur. Ulangi 20 kali dan buat setiap hari selama
beberapa minggu. Teknik kemutan ini dapat meningkatkan kebahagiaan suami
isteri.
Mengelak 'Flower' Berbau
Petua 1.
Ambil dua helai daun sireh dan juga pucuk pegaga. Rebus keduanya hingga
hampir hancur. Sejukkan air rebusan tadi dan cucilah alat sulit 2-3
kali sehari. InsyaAllah, bau dan gatal-gatal pada alat sulit akan
hilang.
Petua 2. Ini ada petua Jawa untuk
mengharumkan faraj. Ambil daun kemangi sebanyak 25 gram, pandan wangi
sebanyak 5 gram, gula aren (batu) juga 5 gram serta garam secukup rasa.
Daun kemangi dan pandan wangi ditumbuk lumat dan kemudian dicampur
setengah gelas air. Tapis dan perah airnya. Campur garam dan gula aren
secukup rasa. Bancuh sehingga sekata. Minum selepas makan malam dan
menjelang tidur. Amalkan sekurang-kurangnya 2 minggu berturut-turut.
Menguatkan Tenaga 'Nuklear'
Petua 1
: Petua ini telah dicuba dan ramai yang mengakui telah berjaya.
InsyaAllah disamping melakukan senaman setiap pagi, cuba amalkan minum
madu lebah dan campurkan dengan minyak lenga. Madu lebah 1/2 cawan
dicampur dengan minyak lenga 1/2 cawan. Minum setiap pagi.
Petua 2
: Ambil 2 biji telur ayam kampung, satu sudu besar air kunyit, satu
sudu besar madu lebah asli, setengah sudu air limau nipis. Campur ramuan
tersebut dan kacau sehingga sebati. Minum 2 kali seminggu.
Petua Kekal Langsing
Zaman
moden ini banyak jenis makanan yang mengandungi mudarat jika dimakan
berlebihan. Makanan yang diproses dan juga makanan segera sering menjadi
pilihan. Namun adakah kita prihatin dengan kesan sampingannya pada
tubuh badan? Makanan yang ada di pasaran sering mengandungi gula dan
lemak yang tersembunyi.
Pengambilan secara berlebihan akan membawa
kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada
kita, sewajarnya kita mengambil sikap berhati-hati. Manakala bagi mereka
yang sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan
cepat putus asa kerana petua yang disarankan di bawah adalah petua yang
mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting adalah keazaman untuk
menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan sekerat jalan.
Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yang keterlaluan adalah
jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.
Petua A.
Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu:-
1.
Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang
sepatutnya dimakan ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi.
2. Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar buah-buahan atau jangan makan langsung.
3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.
4.
Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa
sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah-buahan
atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah
dimasak (makan berat).
Petua B
Cara
yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap
hari Isnin dan Khamis), mesti berpuasa dengan niat diwaktu malam yang
kita hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang
diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika kita berpuasa
sangat elok kita melakukan senaman. Walaupun manusia itu tahu bagaimana
untuk menguruskan badannya, walaupun manusia itu memang sedar bahawa
kegemukan itu mudah mengundang penyakit, namun manusia mudah lupa dan
tidak berdaya untuk melakukannya lantaran tiadanya disiplin. Jadinya
salahkanlah diri sendiri kerana "sikap adalah menghukum diri".
Petua C
Ada
satu lagi petua yg mudah diikuti. Setiap kali bangun pagi, waktu
tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum
secawan teh cina (hijau) yg dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi.
Insyaallah, anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.