Wednesday, October 24, 2012

Bila Perlu Memilih



Sakitnya bila perlu memilih
Alangkah baiknya...jika aku tak perlu memilih..
Di luah mati emak..di telan mati ayah
Tersekat dikerongkong ku
Tanpa dapat ku telan, tanpa boleh ku luah
dan aku hanya memilih jalan ku sendiri................

Mengapa seakan tiada jalan bagiku
Menyisihkan mu seakan mengorbankan nyawaku
Menyakitinya seakan menikam belati ke jantungku..

Allah.... 
Berikan ku petunjuk
Berikan ku hidayah..
Berikan aku kekuatan
Berikan aku ketabahan..


Tuesday, October 16, 2012

Anak Ku yang Pertama




Kini aku gembira, Yang ku tunggu dah tiba
Anakku lahir sudah, Hai anakku yang pertama

Sungguh cantik rupanya, Mirik wajah ibunya
Betapa bahagia,  Hai dengan kehadirannya

Kan kujadikan raja, Di dalam rumahtangga
Kucurahkan semua, Hanya untuk mu saja

Buah hati wahai permata, Besarlah kau segera
Anakku yang pertama
Riang tiada terkira, Bila ku memandangnya
Hai anakku yang pertama 






Monday, October 15, 2012

BILA WANITA MENANGIS




Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa seorang wanita menangis hanya kerana seorang lelaki?
Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis..

Seorang perempuan takkan menangis 
dengan mudah,tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda..

Dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda..

Apabia dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya..
Bolehkan anda rasa apa yg dia rasa?
Pernahkan anda CUBA untuk memahami apa yg dia rasa?

Fikirkan..

Berbaloikah dia menangis,di hadapan anda?
Hanya kerana anda?
Dia menangis bukan kerana dia lemah.
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati.
Dia menangis kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis di dalam hati.
Kesedihan yg di rasainya mnjadi semakin berat utk di simpan.

Cuba ambil masa utk berfikir.

Jika si dia menangis hanya kerana anda.
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda.
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan.

Kerana suatu hari nanti ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal.
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan "MAAFKAN SAYA"
Kalau seorang perempuan menangis kerana anda,janganlah anda biarkan dia menangis keseorangan.
Beradalah di sisi dia menemani dia.
Kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Kalau seorang perempuan menangis kerana anda,janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda.

Jangan pernah mengungkap rasa cinta anda pada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta..
Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara..

Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama..

Tapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya..
Hargailah seorang wanita yang tulus mencintai anda.. 



Wednesday, October 10, 2012

Benarkah Kasihnya...






Benarkah kasih dihadapan ku kini
Inikah sayang yang selama ini ku nanti
Benarkah rindu itu pasti hanya untuk ku
dan
Adakah cinta itu lahir dari keikhlasan hatinya..

Atau.........
Sayang terbit atas rasa simpatinya
Rindu bertaut lantaran jiwanya yang sepi
Lantas Cinta ini berputik Tanpa kepastian yang nyata..

Atau..........
Jalinan kasih ini termeteri atas kekhilafanku, kenaifanku sendiri
atau kelembutan hatiku yang mendorongnya untuk mengujiku....







~Andainya Kau Tahu.~




-Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya

 -Andainya lelaki tahu..
 Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu

-Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu

-Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat








Jodoh Itu Rahsia ALLAH..swt


           
☻♥☻
/█/█
.||.||.
SEKUAT mana setia...

SEHEBAT mana merancang...

SEJAUH mana menunggu...

SEKERAS mana bersabar...

SEJUJUR mana menerima dirinya...

Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama ,
Kita Tetap Tidak Akan Bersama..
Jika ALLAH Menetapkan Jodoh kita ada , Insyaallah..
Seberat Manapun Dugaan Yang Diberi,
Kita Tetap Akan Bersama Dengan Izin DariNYA....








C.I.N.T.A















 
Cinta itu KEJUJURAN kerana cinta tidak pernah memaksa..


Cinta itu MURNI kerana cinta memerlukan ketulusan hati..

Cinta itu KEKUATAN kerana cinta memerlukan ketabahan..

Cinta itu KESABARAN kerana cinta menguji keimanan..

Cinta itu KEREDHAAN kerana cinta pemberian Tuhan..

Cinta itu KEMAAFAN kerana cinta sangat sensitif..

Cinta itu KESETIAAN kerana cinta hanya pada yang satu..

Cinta itu PERSAHABATAN kerana cinta asasnya kepercayaan..

Cinta itu INSPIRASI kerana cinta membina kekuatan...